Rancangan Pengajaran



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KONSEP KONTRUKTIVISME
Tarikh/ Hari                    :           11 Oktober 2012                                                                    
  Masa                            :            1 jam                       
 Kelas                             :           5 Kasih                                                                       
  Bil. Pelajar                   :           35 orang                                            
 M/ Pelajaran                 :           Sains                                                                       
Tajuk                               :          3.  Makanan dan Siratan Makanan   
Bidang pembelajaran  :           3.1Memahami rantai makanan
Objektif pembelajaran :           Murid dapat:-
i)              Mengenalpasti haiwan dan pemakanannya
ii)             Mengelaskan haiwan kepada herbivor, karnivor dan omnivor.
iii)            Membina rantai makanan
Pengetahuan
Sedia ada                    :          i)           Murid mengetahui jenis haiwan yang mendiami
                                                            sesuatu habitat.
i)              Murid mengetahui mengenai makanan yang dimakan
oleh sesuatu jenis haiwan.
Konsep                        :           Haiwan yang hidup di dalam sesuatu habitat, adalah
                                                bergantungan di antara satu sama lain untuk mendapatkan
                                                makanan.  Satu rantai makanan boleh dibentuk dengan
 menggunakan anak panah untuk menunjukkan       perkaitan
di antara haiwan yang berada di dalam sesuatu habitat itu.  Anak panah ‘→’ di dalam sesuatu rantai makanan adalah merujuk kepada dimakan oleh.
Haiwan yang hanya memakan tumbuhan dikenali sebagai
herbivor.         
Haiwan yang memakan haiwan lain dikenali sebagai karnivor.
Haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain dikenali
sebagai omnivor.       
Bahan                          :          Lirik lagu yang  ditulis atas kertas mahjong, gambar habitat,
tag nama haiwan dan tag nama tumbuhan.
Nilai                              :          Bekerjasama, bersyukur.
Kemahiran                   :          Memerhati, dan berkomunikasi, mengelas, mensintesis.


















FASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID


Set Induksi
(5 minit)
















Lirik lagu ”Bangau Oh Bangau”


1.Guru menampal lirik lagu ”Bangau Oh bangau” di papan putih.

2.Guru mengarahkan murid menyanyi secara beramai-ramai mengikut lirik lagu yang telah ditampal pada papan putih.







Murid menyanyikan lagu ’Bangau Oh Bangau’ secara beramai-ramai dengan iringan muzik.




Untuk menarik minat murid terhadap tajuk pelajaran





Perkembangan
I
(5 minit)


Ikan dimakan oleh bangun.


Rumput dimakan oleh kerbau.

Katak dimakan oleh ular.

Guru meminta murid memberikan pendapat mereka mengenai apakah yang dapat mereka pelajari dari lirik lagu.

Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru.

Strategi/Teknik
Penyoalan seluruh kelas










FASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN EMBELAJARAN
CATATAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID


Perkembangan
II
(10 minit)

Haiwan yang terdapat di  dalam sebuah ladang kelapa sawit.

-Tupai, ular, tikus, burung hantu, monyet, semut

Pengelasan haiwan:
Semut – herbivor
Monyet – Omnivor
Tupai – herbivor
Burung hantu – karnivor
Ular - karnivor

Rantai makanan:-
1.
Kelapa sawit → tupai →burung hantu→ ular. 

2.
Kelapa sawit → tikus →burung hantu → ular. 

3.
Kelapa sawit →
monyet → ular.

4.
Kelapa sawit → semut → monyet → ular. 




Guru menampal gambar habitat sebuah ladang kelapa sawit

1.Guru meminta murid menyenarai-kan haiwan yang mendiami habitat di dalam sebuah ladang kelapa sawit.


2.Guru meminta murid mengelaskan haiwan yang berada di dalam ladang kelapa sawit  itu.

3.Guru meminta murid membina rantai makanan bagi habitat di dalam ladang kelapa sawit.






Murid memberi respon terhadap soalan guru dengan menyenaraikan haiwan dan tumbuhan utama di dalam kolam.



Murid memberi mengelaskan setiap haiwan dalam siratan makanan kepada herbivor, karnivor atau omnivor.


Murid membina rantai makanan.

Strategi/Teknik
Penyoalan seluruh kelas


Kemahiran:

Memerhati
Mensintesis
Mengelas












FASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN EMBELAJARAN
CATATAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID


Perkembangan
III /
Penstrukturan semula
(30 minit)




















Membina rantai makanan

Menyatakan pengelasan haiwan bagi setiap haiwan dalam rantai makanan yang telah dibina.

1.Seramai 11 orang murid dipilih dan diberikan setiap seorang diberikan tag nama haiwan atau tag nama tumbuhan.

2. Guru mengarahkan murid memakai tag nama haiwan/tumbuhan yang diperolehi.

3.Guru meminta murid mencari makanannya berdasarkan tag nama yang dipakai.

4.Guru mengarahkan murid membina rantai makanan bagi kumpulannya.

5. Guru meminta setiap kumpulan untuk menerangkan rantai makanan yang telah dibina dan juga pengelasan haiwan yang terdapat dalam rantai makanan yang dibina

1.Murid memerhati tag nama haiwan atau tag nama tumbuhan yang diperolehi.



2.Murid memakai tag nama haiwan atau tag nama tumbuhan yang diperolehi.

3.Murid mencari makanannya apabila menerima arahan guru.



4. Murid membina rantai berdasarkan tag nama yang dipakai.



Murid menerangakan rantai makanan yang dibina dan juga pengelasan haiwan yang terdapat dalam  rantai makanan yang telah dibina.

Alat bantu mengajar dan belajar:
Tag nama haiwan / tumbuhan

Kemahiran Proses Sains:
Komunikasi melalui gambar Kemahiran berfikir:
Menghubung-kait interaksi antara pengeluar dan pengguna





Sikap saintifik
Bekerjasama,
Menghargai masa dan penglibatan aktif pelajar dalam kumpulan.




FASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN EMBELAJARAN
CATATAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID


Penutup
(10 minit)











Haiwan dan tumbuhan yang mendiami sesuatu habitat.

Kelas haiwan yang terdiri daripada herbivor, karnivor dan omnivor.

Membina rantai makanan.


1.Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menjawab soalan yang diberikan.



Guru membincangkan jawapan bagi setiap soalan yang dijawab oleh murid.

1.Murid menjawab soalan yang terdapat di dalam lembaran kerja yang diberikan..



Murid memberikan jawapan terhadap soalan yang disoal oleh guru.

Strategi/Teknik
Penyoalan seluruh kelas


















No comments:

Post a Comment